Please use this identifier to cite or link to this item:
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3204
Title: | SMART VACUUM WITH IOT |
Authors: | NURUS SADIQIN BINTI ABDUL RAZAK KHAN NUR ATHIRAH SYUKRIAH BINTI YUNUS MUHAMMAD SAFWAN FAIZ BIN AHMAD YUSRI MUHAMMAD RIDHUAN BIN MOHD NOR |
Keywords: | DMP |
Issue Date: | Jun-2020 |
Publisher: | Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor |
Abstract: | Smart Vacuum With IOT merupakan mesin yang berfungsi untuk menyedut habuk dan kotoran, kebiasaannya dari lantai. Produk ini melakukan kerja secara automatik dan tidak mengeluarkan tenaga yang banyak dalam proses membersihkan lantai. Situasi yang dapat kita lihat seringkali berlaku di dalam bengkel foundri adalah kesukaran untuk membersihkan lantai yang berdebu. Kaedah yang diguna pakai sekarang ialah membersih hanya dengan menggunakan penyapu dan mop. Ia mengambil masa yang agak lama untuk melakukan kerja pembersihan tersebut kerana bengkel foundri sangat luas. Selain itu, terdapat juga debu-debu yang telah tercampur dengan air akan melekat di lantai dan ia menjadi sukar untuk dibersihkan menggunakan penyapu dan mop. Antara masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan ialah masalah pengambilan masa yang panjang untuk membersihkan lantai yang luas, pengguna juga akan sukar bernafas disebabkan oleh saluran pernafasan tersumbat dengan habuk-habuk yang terdapat dalam bengkel dan kesakitan pada bahagian pinggang dan tangan akan berlaku kerana pengguna perlu membongkokkan badan untuk membersihkan habuk yang berada di bawah meja. Objektif utama produk ini ialah mereka bentuk satu mesin yang dapat mempercepatkan proses membersihkan lantai berbanding sistem manual yang sedia ada. Selain itu, mengurangkan penggunaan tenaga pengguna, tidak menggunakan masa yang agak lama untuk membersihkan lantai dan dapat mengelakkan risiko kecederaan agar lebih terjamin. Alat ini mampu menyedut habuk dengan kawalan Internet Of Things (IOT) iaitu secara automatik yang dapat mempercepatkan proses pembersihan. Produk ini ditambahbaikkan dengan ciri keselamatan yang kuat agar pengguna tidak tercedera semasa membersihkan lantai. Justeru ia mudah dan selamat digunakan. |
URI: | http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3204 |
Appears in Collections: | Full Paper |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR SMART VACUUM WITH IOT.pdf | 2.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.