Please use this identifier to cite or link to this item:
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4345
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | MUHAMMAD FAWWAZ HAMDI BIN HAMIDON | - |
dc.date.accessioned | 2023-08-24T04:22:03Z | - |
dc.date.available | 2023-08-24T04:22:03Z | - |
dc.date.issued | 2023 | - |
dc.identifier.uri | http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4345 | - |
dc.description.abstract | Almari pengering pakaian ini merupakan satu projek yang dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah dalam pengeringan pakaian yang tidak sempurna dalam kehidupan seharian. Idea ini diperolehi setelah melihat masalah yang sering berlaku kepada masyarakat. Antara masalah yang sering berlaku ialah pakaian tidak dapat kering dengan sempurna kerana faktor cuaca yang tidak menentu. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji keberkesanan haba buangan dari unit pemeluwap untuk mengeringkan pakaian. Kelembapan udara yang tinggi melambatkan proses pengeringan pakaian sekaligus mengambil masa yang lama untuk pengeringan. Pengeringan pakaian di sinar matahari tergantung pada cuaca jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut maka dirancang alat pengering pakaian ini. Maka dengan itu, antara objektif yang ingin dicapai ialah menganalisis haba buangan daripada unit luar penghawa dingin. Selain itu, menguji tahap keberkesanan pengeringan pakaian menggunakan haba panas dari unit pemeluwap. Sumber pemanas alat ini menggunakan udara panas dari haba buangan penghawa dingin 2.5 Hp. Almari tersebut mampu menampung sekitar 8kg pakaian separa basah. Pengujian menunjukkan projek ini menggunakan beberapa komponen seperti haba buangan dari unit pemeluwap sebagai sumber haba dan hos saluran udara sebagai perangkap haba supaya tidak tersebar keluar. Hasil pengujian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa proses pengeringan kain jenis kapas memerlukan 1 jam 15 minit untuk kering, kain jenis jersi pula memerlukan 45 minit, kain jenis polyester pula memerlukan 40 minit dan kain jenis jeans pula memerlukan 1 jam dan 30 minit. Kesimpulannya, produk yang dihasilkan ini dapat mencapai objektif dan berjaya mengeringkan pakaian dengan menggunakan haba buangan daripada unit penghawa dingin. | en_US |
dc.language.iso | my | en_US |
dc.publisher | POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH | en_US |
dc.subject | Pengering Pakaian | en_US |
dc.subject | Haba Buangan | en_US |
dc.subject | Perangkap Haba | en_US |
dc.subject | Faktor Cuaca | en_US |
dc.subject | Unit Pemeluwap | en_US |
dc.title | CLOTH DRYER MACHINE | en_US |
dc.type | Final Year Project Report | en_US |
Appears in Collections: | Full Paper |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
CLOTH DRYER MACHINE FINAL REPORT 08DPB20F1015.pdf | 1.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.