Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4367
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNUR IZZATI BINTI ABD HALIM-
dc.date.accessioned2023-09-13T03:15:37Z-
dc.date.available2023-09-13T03:15:37Z-
dc.date.issued2023-
dc.identifier.urihttp://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4367-
dc.description.abstractBunyi mesin rumput adalah unsur pencemar akustik boleh didengar yang telah dianggap sebagai pencemaran bandar yang paling fizikal dan salah satu bahaya alam sekitar dan mampu menjejaskan kesihatan manusia dalam jangka masa yang lama. Kehilangan pendengaran akibat hingar adalah satu bentuk kehilangan pendengaran saraf sensor yang bahaya. Hal ini terjadi disebabkan oleh pekerja-pekerja yang kurang kesedaran tentang pemakaian penutup telinga. Pendedahan bunyi bising mengikut piawaian Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) di mana ia memerlukan semua pekerja yang terdedah kepada bunyi bising tidak melebihi 85dB. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti dan meningkatkan kawalan pekerja terhadap kesediaan menggunakan plug telinga dan peralatan keselamatan diri pada pekerja pemotong rumput dan meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan diri dari segi etika pemakaian keselamatan iaitu PPE kepada pekerja pemotong rumput ketika mengendalikan mesin pemotong rumput. Bunyi bising mampu memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Analisis Kesan Alam Sekitar (AMDAL) telah bersetuju untuk memasukkan kesan bunyi sebagai mandatori utama yang harus diuruskan. Metodologi yang digunakan untuk menyiapkan kajian ini ialah sesi temubual kepada pekerja kontrak pemotong rumput seramai 11 orang di Uitm Pasir Gudang dan 10 orang di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dapatan Kajian ini menunjukkan bahawa pekerja-pekerja ini tidak memakai plug telinga dan pakaian keselamatan diri semasa menjalankan tugas.Berdasarkan kesimpulan ini , dapat dirumuskan bahawa perletakkan poster dan SOP perlu diadakan bagi mencapai objektif yang telah dibincangkan .Selain itu , perletakkan poster dan SOP berjaya meningkatkan lagi kesedaran penggunaan ear plug dan keselamatan PPE terhadap pekerja yang menggunakan mesin pemotong rumput.en_US
dc.language.isomyen_US
dc.publisherPOLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAHen_US
dc.subjectBunyi bisingen_US
dc.subjectmesin pemotongen_US
dc.subjectkesedaranen_US
dc.subjectkesihatanen_US
dc.subjectkeselamatanen_US
dc.titleKAJIAN KES TAHAP KESEDARAN PENGGUNAAN PLUG TELINGA & PPE TERHADAP PEKERJA PEMOTONG RUMPUTen_US
dc.typeFinal Year Project Reporten_US
Appears in Collections:Full Paper



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.