Please use this identifier to cite or link to this item:
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4368
Title: | KAJIAN MASALAH FENOMENA KEPALA AIR DI KAWASAN HULU LANGAT |
Authors: | MASTURA BINTI MD NASIR |
Keywords: | Kepala air Banjir Piung Lidah Air Hulu Langat Sumber Sungai |
Issue Date: | 2023 |
Publisher: | POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH |
Abstract: | Fenomena kepala air adalah bencana yang datang secara mengejut dalam kuantiti yang banyak mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama yang memerlukan persiapan orang awam untuk menyelamatkan diri. Akibatnya, ia akan menyebabkan kerosakan harta benda dan akan meragut nyawa orang awam. Ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Pelbagai kaedah penggunaan teknologi moden masih tidak dapat menghalang fenomena kepala air untuk terus menghantui masyarakat setempat di kawasan Hulu Langat Selangor. Dalam pada itu,kajian metodologi digunakan bagi merancang proses perancangan kajian dengan menggunakan carta alir sebagai panduan untuk memudahkan proses kajian. Di samping itu, Instrumen kajian tersebut adalah soal selidik responden dan juga temu bual bersama agensi yang berkaitan bagi mencapai objektif kajian serta membantu mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai fenomena kepala air. Berdasarkan kajian ini, hasil analisa dan perbincangan yang telah dijalankan serta dapat dirumuskan bahawa kajian fenomena kepala air di kawasan Hulu Langat ini telah mencapai objektif yang telah dibincangkan. Justeru,setelah membuat analisa, Empangan Sabo merupakan kaedah yang paling sesuai dan berkesan kerana dapat mengurangkan risiko kejadian fenomena kepala air dengan cara mengawal aliran air yang membawa kayu-kayan, batu-batuan dan sedimen. Diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan pengkaji lain untuk kajian pada masa akan datang. |
URI: | http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4368 |
Appears in Collections: | Full Paper |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KAJIAN MASALAH FENOMENA KEPALA 15. 365 08DKA20F1075 Mastura Binti Md Nasir.pdf | 4.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.