Please use this identifier to cite or link to this item:
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4372
Title: | KESAN LINTEL IBS DENGAN PENGGANTIAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI AGREGAT KASAR |
Authors: | DANISH BAZIL BIN NOR HISHAM |
Issue Date: | 2023 |
Publisher: | POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH |
Abstract: | Penghasilan produk baharu daripada buah kelapa sawit iaitu minyak sawit merupakan salah satu sumber domestik yang amat penting kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan manusia dan salah satu sumber yang paling banyak digunakan dalam pasaran global. Tambahan pula, Malaysia merupakan salah satu pengeluar sumber kelapa sawit yang besar dimana kedudukan rangkingnya yang kedua selepas Indonesia dengan pengeluaran minyak kelapa sawit sebanyak 21 juta metrik tan dengan 39% daripada pengeluaran global. Kesan daripada penghasilan tersebut, negara telah menghasilkan sisa pertanian melebihi 4 juta tan setahun sehingga kekurangan tempat pembuangan sisa dan salah satunya ialah tempurung kelapa sawit. Kajian ini telah menggunakan tempurung kelapa sawit yang tidak digunakan lagi sebagai bahan ganti dalam bancuhan lintel IBS. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sifat , kekuatan konkrit kiub dan menghasilkan lintel ibs menggunakan tempurung kelapa sawit. Penghasilan lintel IBS ini akan lebih merancakkan projek pembinaan ke arah revolusi 4.0 yang disarankan oleh pihak kerajaan dengan mampan dan automasi di Malaysia. Penghasilan lintel IBS ini juga dapat mengurangkan sisa pertanian yang berlebihan serta menurunkan kos pembinaan disebabkan sumber yang semakin terhad pada masa kini |
URI: | http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4372 |
Appears in Collections: | Full Paper |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KESAN LINTEL IBS DENGAN PENGGANTIAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI AGREGAT KASAR 08DKA20F1004 DANISH BAZIL F1004.pdf | 1.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.