Abstract:
ialah untuk membandingkan kekuatan bagi dua jenis ketumpatan konkrit ringan yang berbeza.
Walaubagaimanapun, masalah yang sering berlaku terhadap konkrit ringan adalah dari segi kekuatan
iaitu kekuatan tegang atau kekuatan mampatan bergantung kepada ketumpatannya. kajian ini
dijalankan untuk menghasilkan produk daripada konkrit ringan yang boleh terapung di atas
permukaan air dan kekuatannya yang sesuai digunakan dalam industri pembinaan. Konkrit ringan
yang dihasilkan adalah daripada campuran simen dan pasir manakala agen buih merupakan bahan
tambahan yang digunakan dalam konkrit ringan. Agen buih digunakan sebagai bahan tambah
didalam kajian ini adalah untuk menghasilkan konkrit ringan yang boleh terapung diatas permukaan
air. Bahan tambah yang digunakan adalah Tainolin AOS-97 yang merupakan serbuk yang biasa
digunakan dalam industri kosmetik, pencuci dan pembersih serta industri bangunan untuk tujuan
bahan tambah keatas konkrit ringan. Produk ini juga dapat digunakan dalam konkrit berbuih dan
menjadikannya konkrit ringan berbuih yang kaku dan stabil dengan struktur pori yang seragam
dalam bahan berbuih. Pengawetan bagi konkrit ringan berbuih dilakukan dengan cara menjemur di
bawah cahaya matahari atau dimasukkan kedalam oven selama 7 hari dan 28 hari bagi mencapai
tahap kematangan konkrit. Setiap bancuhan akan menghasilkan 4 blok bersaiz 600mm x 200mm x
100mm. Setiap 1 blok akan digunakan sebagai sampel manakala 3 blok akan menjalani ujian
mampatan dan apungan. Dalam proses pembuatan, kami menggunakan nisbah 1.5 : 1 iaitu simen
dan pasir bagi mencapai ketumpatan dan kekuatan yang perlu dicapai. Ketumpatan yang biasa
digunakan untuk konkrit ringan adalah tidak melebihi daripada 900 kg/m³. Manakala, bagi kekuatan
pula haruslah melebihi 4 MPa dan jika kurang, konkrit ringan tersebut tidak boleh digunakan dalam
pembinaan dan dianggap gagal. Cadangan penambahbaikan terhadap penghasilan konkrit ringan
adalah dengan menggunakan dawai besi sebagai tetulang bagi konkrit tersebut.