DSpace Repository

BIJI BUAH KELOR SEBAGAI BAHAN RAWATAN AIR

Show simple item record

dc.contributor.author NUR NABILAH BINTI JAMALUDIN
dc.contributor.author MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD ZAID
dc.contributor.author INTAN LYANA BINTI MOHD RAZALI
dc.contributor.author SAFIYYAH BINTI MUHAMMAD SYUKOR
dc.contributor.author ZAIDI BIN ABDUL HAMID
dc.date.accessioned 2021-02-19T01:41:03Z
dc.date.available 2021-02-19T01:41:03Z
dc.date.issued 2020-06
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/2592
dc.description.abstract AIR merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya. Di Malaysia, kami mendapati banyak sungai yang tercemar disebabkan oleh pencemaran dari sisa bahan buangan dari kilang batik. Kebanyakkan kilang batik perindustrian yang kecil tiada alat atau mesin untuk rawat air sisa buangan batik. Mereka membuang sisa air buangan yang tidak dirawat terus ke longkang berhampiran lalu air tersebut dialirkan ke sungai. Projek ini dijalankan dengan mengambil sampel air buangan dari kilang batik di Kilang Batik Chong, Gombak. Kami mendapati air sisa batik adalah air yang nilai pH nya tinggi dan airnya berwarna. Air sisa tersebut dibuang terus ke longkang tanpa sebarang rawatan air. Objektif kajian kami adalah untuk menghasilkan satu produk yang dapat menurunkan tahap pH air buangan dari kilang batik dengan menggunakan tawas dan juga untuk menjernihkan warna air sisa tersebut dengan menggunakan biji buah kelor.Untuk ujikaji, kami membuat ujian pH dan ujian kandungan oksigen dalam air. Untuk dapatan kajian, kami mendapati bahawa biji buah kelor dapat menjernihkan dan memendapkan partikel berwarna pada air buangan sisa batik tersebut dan tawas dapat menurunkan nilai pH pada air. Untuk cadangan penambahbaikan, kami berharap akan ada kajian seterusnya yang mengkaji bagaimana untuk menghilangkan enapcemar yang termendap di dasar sisa batik kerana selepas meletakkan kapsul buah kelor, buah kelor akan bertindak balas bersama air batik menghasil dua lapisan dimana lapisan atas adalah air yang jernih dan lapisan bawah pula adalah partikel berwarna yang termendap. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.subject tawas en_US
dc.subject air sisa kilang batik en_US
dc.subject biji buah kelor en_US
dc.title BIJI BUAH KELOR SEBAGAI BAHAN RAWATAN AIR en_US
dc.type Final Year Project Report en_US
dc.type Presentation en_US
dc.type Video en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account