DSpace Repository

PENGHASILAN PANEL PENYERAP BUNYI MENGGUNAKAN KUSYEN, SABUT KELAPA DAN KULIT

Show simple item record

dc.contributor.advisor ERNIE BINTI ZULKIFLI
dc.contributor.author MOHAMAD RAYYAN NABIL BIN MOHAMAD ZA’AI
dc.contributor.author MUHAMMAD NOR FARHAN BIN MUHAMMAD SOHUD
dc.contributor.author NURDEANA BINTI ABDUL HADI
dc.contributor.author NORLIYANA BINTI MOHAMED GHAZALI
dc.date.accessioned 2021-02-19T02:25:08Z
dc.date.available 2021-02-19T02:25:08Z
dc.date.issued 2020-06
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/2596
dc.description.abstract Pada masa kini, bunyi bising ataupun suasana pembelajaran di kelas tidak dititikberatkan dan hanya dipandang ringan. Oleh sebab itu, pengajar perlu meninggikan suara apabila ingin mengajar pelajar dan masalah lain juga akan timbul. Daripada masalah ini, satu panel penyerapan bunyi akan dihasilkan yang terdiri daripada sabut kelapa, kusyen dan kulit. Objektif utama kajian adalah untuk menghasilkan panel penyerapan bunyi menggunakan kusyen dan sabut kelapa bagi merendahkan gelombang bunyi yang terhasil. Selain itu, untuk mengukur tahap bunyi daripada sumber bunyi seragam(siren) dan tidak seragam(lagu). Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji ciri akustik sabut kelapa yang berpotensi digunakan sebagai bahan penyerap bunyi. Untuk meningkatkan ciri akustik sabut kelapa pada frekuensi rendah, lapisan kusyen digunakan di bahagian depan atau belakang. Bahan selanjutnya dilapisi dengan kulit bagi tidak memudahkan panel itu terbakar dan sebagai kemasan. Sampel diuji mengikut 3 jenis kadar nisbah dan diuji menggunakan sound level meter untuk menentukan pekali penyerapan bunyi. Setiap sampel diuji dan nilai purata diambil untuk ketiga tiga sampel tersebut. Purata yang diperolehi daripada ujian ini menunjukkan panel 2 yang berkadaran nisbah 20% sabut kelapa, 80% kusyen yang terdiri daripada sumber bunyi lagu mempunyai penyerapan bunyi yang terbaik iaitu 64.74 dB selepas meletakkan panel daripada 71.58 dB sebelum meletakkan panel. Seterusnya hasil kajian yang terdiri daripada sumber bunyi siren menunujukkan panel 1 dan panel 2 yang berkadaran nisbah 50% sabut kelapa, 50% kusyen dan 80% kusyen,20% sabut kelapa mempunyai nilai purata penyerapan yang sama iaitu 61.48 dB selepas meletakkan panel daripada 77.08 dB sebelum meletakkan panel. Konklusi di sini dapat dinyatakan bahawasanya panel 2 adalah paling baik penyerapan bunyinya dan juga jenis bunyi turut mempengaruhi kadar penyerapan panel. penambahbaikan untuk kajian ini adalah melakukan ujian impedance tube test untuk mendapat nilai penyerapan yang tepat pada setiap bahan. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.subject penyerapan bunyi en_US
dc.subject sabut kelapa en_US
dc.subject kusyen en_US
dc.title PENGHASILAN PANEL PENYERAP BUNYI MENGGUNAKAN KUSYEN, SABUT KELAPA DAN KULIT en_US
dc.type Final Year Project Report en_US
dc.type Presentation en_US
dc.type Video en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account