Abstract:
Pervious concrete (konkrit poros) merupakan jenis konkrit khas dengan keliangan yang tinggi
yang dihasilkan daripada campuran simen, air dan agregat kasar. Pervious concete ini
menghasilkan medium poros dengan membenarkan air hujan meresap ke dalam tanah dasar.
Ia juga dapat mengurangkan air larian permukaan. Nilai kekuatan bagi pervious concrete
adalah di antara 3.5 MPa hingga 28 MPa. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan
kekuatan pervious concrete yang dihasilkan menggunakan abu sekam padi sebagai bahan
tambah di mana kekuatan pervious concrete sedia ada dibandingkan dengan pervious
concrete menggunakan abu sekam padi. Nisbah campuran adalah 7: 1: 0.32 iaitu 7 adalah
batu baur kasar, 1 merupakan simen dan 0.32 adalah air. Kiub yang berukuran
150mmx150mmx150mm disediakan untuk mengkaji sifat pervious concrete. Abu sekam padi
ditambahkan ke dalam campuran pervious concrete sebagai bahan pengganti simen
sebanyak 10%, 20% dan 30%. Terdapat 4 set pervious concrete yang akan dihasilkan iaitu set
A, B, C dan set D. Setiap set mempunyai nisbah campuran pervious concrete yang berbeza
yang terdiri daripada 9 kiub. Curing akan dilakukan untuk ujian pemadatan. Ujian pemadatan
dilakukan sehingga hari ke-7, hari ke-14 dan hari ke-28. Kekuatan purata untuk set A melalui
ujian pemadatan pada hari ke-7 adalah 5.05 MPa. Pada hari ke-14, kekuatan pervious
concrete bagi set A akan meningkat. Ini kerana semakin lama tempoh curing dijalankan,
semakin tinggi nilai kekuatan yang akan diperoleh. Nilai kekuatan yang akan diperoleh
adalah bergantung dengan peratus bahan ganti yang digunakan. Sebagai penambahbaikan
untuk projek ini, batu baur kasar yang digunakan mestilah mempunyai diameter di antara
28.5mm untuk mendapatkan kadar keliangan yang menepati syarat pervious concrete.
Sebelum melakukan bancuhan, batu baur kasar harus ditapis untuk mengelakkan terdapat
campuran batu baur halus. Ini kerana batu baur halus seperti pasir akan mengurangkan
kadar porositi pada pervious concrete. Pervious concrete biasa digunakan di kawasan parking,
laluan pejalan kaki, penutup longkang, laluan kereta golf dan tembok penahan. Ia juga boleh
dugunakan untuk projek penurapan. Dengan menggunakan batu baur yang telah ditapis,
simen dan air akan menghasilkan pervious concrete yang mempunyai nilai kekuatan tinggi
dan dapat meningkatkan kadar penyerapan air dengan bagus.