Abstract:
„Easy Cleaner‟ ialah alat pembersih habuk atau sesawang yang digunakan untuk
membersihkan siling atau di sekitar dinding yang mencapai ketinggian lebih 3 kaki
dengan menggunakan duster yang mempunyai suis on & off yang boleh
memutarkannya kepada 360 darjah. Alat ini juga mempunyai batang di mana boleh
dilaraskan sama ada panjang atau pendek serta terdapat tapak penampung habuk di
bawah duster bagi memudahkan lagi kerja pembersihan habuk. Idea untuk
menghasilkan projek ini kerana pengkaji mendapati pengguna yang ingin
membersihkan habuk pada siling seringkali menghadapi masalah pembersihan pada
tempat yang tinggi menyebabkan beban yang besar pada bahu dan lengan.Pengguna
seperti pelajar, suri rumah & lain-lain juga sering menghadapi masalah yang banyak
diperlukan untuk membersihkan habuk kerana menggunakan kaedah manual. Objektif
kajian ini ialah menginovasikan produk yang ringan untuk mengurangkan beban pada
bahu dan leher, membantu mengurangkan tenaga & masa untuk membersihkan siling
dan merekacipta sesuatu alat alternatif untuk mengantikan batang kayu pada penyapu
duster kepada batang yang boleh dilaraskan. Secara tidak langsung mengurangkan
penggunaan alatan tambahan seperti tangga untuk melakukan aktiviti pembersihan di
tempat yang tinggi. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, kualitatif dan
borang soal selidik. Borang soal selidik ini dilakukan secara atas talian iaitu
mengunakan „borang soal selidik‟ untuk proses pengumpulan data. Hasil analisis soal
selidik, maka terhasillah “Easy Cleaner” dengan menambahbaik produk kepada
produk yang lebih produktif dan fleksibel. Produk ini lebih mudah, jimat tenaga &
masa seperti tidak memerlukan tangga sebagai alat tambahan.