Abstract:
Projek kami ini merupakan penghasilan alat yang berfungsi untuk mengait buah kelapa muda. Produk ini memudahkan pengguna kerana buah yang telah di potong tangkai akan jatuh terus ke jaring yang ada di batang pengait tersebut. Antara masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi ini diperkenalkan adalah masalah kesukaran untuk mengutip buah kelapa muda, kesukaran membawa alat pengait, dan risiko mengalami kecederaan yang tinggi. Objektif produk ini ialah merekabentuk alat pengait buah kelapa muda yang lebih praktikal berbanding alat sedia ada. Selain itu, alat pengait ini meringankan beban kepada pengguna agar mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Di samping itu, alat ini mengurangkan risiko kecederaann kepada pengguna kerana produk kami ini menggunakan batang Antique Copper. Metodologi yang digunakan adalah merekabentuk projek munggunakan inventor, dan pemilihan serta penyediaan bahan-bahan projek. Seterusnya, membuat penyambungan Antique Copper bersama jaring menggunakan kaedah kimpal dan pemasangan kedua-dua bahan tersebut dengan “pruner tree”. Akhir sekali, pengujian alat di pokok kelapa. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dan proses pengumpulan data yang dilakukan melalui kaedah penyelidikan internet dengan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai alat pengait sedia ada, jenis dan ketinggian pokok kelapa serta berat buah kelapa muda itu. Merujuk daripada masalah yang kami perolehi, kami menambahbaikan alat dengan meletakan jaring yang kukuh untuk memudahkan pengguna. Oleh sebab itu, produk inovasi kami mudah dan selamat digunakan.
Kata kunci: mengait.