Abstract:
Jek ialah sejenis alat yang menggunakan ulir skru atau silinder hidraulik untuk menjana kuasa
linear yang tinggi supaya dapat mengangkat muatan berat. Terdapat banyak jenis jek yang telah
dicipta dan sedia ada di pasaran seperti jek mekanikal, jek hidraulik, jek bebenang dan jek
asap. Jek kereta biasanya menggunakan kuasa mekanikal untuk membolehkan manusia
mengangkat kenderaan dengan kuasa manual sendiri dan sukar dikendalikan terutamanya
untuk warga emas dan kaum wanita. Merekacipta dan menginovasikan jek kereta yang sedia
ada membolehkan manusia dapat menggunakan jek kereta dengan mudah dan selamat. Objektif
kajian ini adalah untuk meringankan beban pengguna terutamanya kaum wanita dan warga
emas dengan merekacipta dan menginovasikan jek dengan kaedah penggunaannya dan sistem
keselamatan yang lebih baik. Metodologi yang digunakan bermula dengan mengenalpasti
masalah yang dialami oleh pengguna jek manual. Kajian ilmiah berkaitan jek dilakukan untuk
mengetahui tentang jek yang akan di inovasi. Seterusnya proses penjanaan idea dilakukan
untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Rekabentuk dipilih berdasarkan ciri-ciri yang
dikehendaki. Projek yang dibina dianalisis untuk mengetahui cara kendalian yang betul dan
memenuhi segala aspek keselamatan, saiz dan bentuk yang diinginkan. Apabila. Projek diuji
mengikut kendalian yang ditetapkan. Sekiranya berlaku masalah, proses penambahbaikan akan
dilakukan. Hasil yang dijangka daripada projek ini adalah dengan harapan masalah yang terjadi
sebelum ini dapat diselesaikan dengan penghasilan projek ini. Pengguna juga diharapkan dapat
menerima teknologi jek elektrik ini seiring dengan kemajuan teknologi pada masakini dan
dapat memberikan respon yang positif terhadap projek ini.