Abstract:
Pengering kasut ialah suatu alat yang mengalirkan tenaga elektrik kepada udara
panas dimana ia bertujuan untuk mengeringkan kasut. Pada zaman sekarang, ramai orang
yang menghadapi masalah untuk mengeringkan kasut walaupun sudah dijemur selama
beberapa hari, masalah ini bertambah serius apabila kasut tersebut berbau hapak. Jadi
objektif kami disini adalah menghasilkan satu pengering kasut yang diinovasikan menjadi
mesin pengering kasut. Mesin tersebut haruslah mempunyai pengering bagi tujuan
pengeringan kasut, plat aluminium yang berlengkong yang berfungsi sebagai mengalirkan
haba/udara panas kedalam kasut. Ia juga mempunyai had masa, dimana had masa tersebut
berfungsi untuk menetapkan masa pemprosesan pengeringan tersebut. Bunyi ‘bipp’ akan
kedengaran setelah selesainya proses tersebut. Mempunyai butang scalar, isitu 2 skalar ON
dan OFF. Mesin ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dimana terdapat thermostat yang
berfungsi sebagai pengawal pemanas yang akan mematikan elemen pemanas apabila panas
pada elemen pemanas tersebut berlebihan dan akan bekerja kembali apabila suhu pada
elemen pemanas sudah menurun dan stabil. kami menggunakan teknik TIG welding dan
mounting bagi penghasilan projek kami. Pada masa akan datang, Kami yakin bahawa
projek kami ini dapat membantu dan dapat menyenangkan pengguna untuk
menggunakannya dengan lebih mudah dan berkesan.