Abstract:
Mesin Tebu P&P merupakan mesin yang berfungsi untuk mengupas kulit dan juga
memerah mengeluarkan air tebu. Produk ini melakukan kerja secara semi-automatik
dan tidak mengeluarkan tenaga yang banyak dalam proses mengupas kulit tebu.
Antara masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan ialah peniaga
menghadapi masalah pengambilan masa yang panjang untuk mengupas dalam kuantiti
tebu yang banyak , kos upah yang tinggi untuk membayar gaji pekerja, masalah
pengunaan tenaga pekerja yang banyak, pengunaan masa yang lama dan masalah
risiko kecederaan ketika mengupas. Objektif utama produk ini ialah merekabentuk
satu mesin yang dapat mempercepatkan proses mengupas kulit tebu berbanding sistem
manual yang sedia ada. Selain itu, ia mengurangkan penggunaan tenaga pekerja
disamping dapat mengurangkan kos upah. Mesin ini juga tidak menggunakan masa
yang agak lama untuk mengupas kulit tebu tersebut dan dapat mengelakkan risiko
kecedaraan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan proses pengumpulan data
yang dilakukan secara atas talian. Kami dapati proses pengumpulan data melalui soal
selidik ini mengambil masa kira-kira seminggu sebelum kami membuat carta untuk
menunjukkan hasil yang diperoleh daripada "borang google" yang kami lakukan.
Merujuk daripada masalah yang kami dapati,kami menambahbaikan seperti
menambah ciri keselamatan yang kuat agar pengguna tidak tercedera semasa mengikis
atau memerah tebu. Oleh itu, produk inovasi kami ini dapat memberi impak yang baik
pada pengguna kerana ada penambahbaikan pada mesin, ianya akan mudah dan
selamat digunakan.