DSpace Repository

COCONUT GEAR ADVANCE

Show simple item record

dc.contributor.author AHMAD NAZIRUL HAFIZI BIN AHMAD SUFFIAN
dc.contributor.author MUHAMMAD SYAMIM BIN SADINAH ABU BAKAR
dc.contributor.author ILY IZZATI BINTI ABDUL RAHIM
dc.contributor.author NURAZLINDA BINTI YAHYA @ MUHAMMED
dc.date.accessioned 2021-09-28T04:34:17Z
dc.date.available 2021-09-28T04:34:17Z
dc.date.issued 2020-06
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3201
dc.description.abstract “Coconut Gear Advance” merupakan satu penghasilan projek dimana mesin ini fungsi utamanya adalah mengupas kulit kelapa. Mesin pengupas kulit kelapa yang kami usahakan ini tidak memerlukan sebarang tenaga elektrik tetapi hanya memerlukan tenaga manusia yang sedikit sahaja bagi menggerakkan proses mesin tersebut. Antara masalah yang sering dilihat dalam industri pertanian terutamanya kepada pengusaha kelapa kecil ialah mereka menggunakan kaedah lama iaitu kapak sahaja untuk mengupas kulit kelapa. Kaedah penggunaan kapak ini tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan ini akan menyebabkan kecederaan kepada pengguna terutama kepada pengguna yang tidak berkemahiran. Selain itu, mengupas sebijik kelapa sahaja mengambil masa yang lama iaitu 3 hingga 5 minit dimana hasil yang akan diperoleh tidak banyak berbanding dengan permintaan kelapa yang tinggi. Di samping itu, mengupas kelapa kaedah lama memerlukan tenaga yang lebih banyak. Objektif utama projek ini ialah memberikan keselamatan kepada pengguna ketika mengupas kelapa, meminimakan masa dan tenaga manusia dan memudahkan penggunaan mengupas kelapa. Kaedah kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah pengumpulan data. Kami mencari dan mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kelapa melalui internet. Bukan itu sahaja, kaedah soal selidik telah kami gunakan dimana kami mengedarkan borang soal selidik melalui ‘google form’. Kami mengambil masa seminggu untuk mengedarkan borang soal selidik dan mengumpul semua data. Daripada maklumat yang kami dapati,penambahbaikan akan dibuat dengan memasang roda di setiap kaki mesin agar mudah untuk digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, mesin ini di inovasikan untuk memudahkan pengguna. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor en_US
dc.subject DMP en_US
dc.title COCONUT GEAR ADVANCE en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account