Abstract:
Speed limit system merupakan satu sistem yang berfungsi untuk menghadkan kelajuan
kereta apabila pemandu tidak memakai tali pinggang keledar. Kajian ini bertujuan untuk memberi
kesedaran dalam pemakaian tali pinggang keledar di dalam kalangan pemandu. Selain itu, ia juga
boleh mengelakkan daripada kecederaan yang serius. Antara punca yang menyebabkan pemandu
tidak memakai tali pinggang ialah sering memberikan alasan seperti berasa rimas untuk memakai tali
pinggang dan perjalanan hanya jarak dekat. Selain itu, anggap bahawa dengan adanya beg udara
dapat menyelamatkan mereka daripada kemalangan serta merasakan pemakaian tali pinggang sebagai
sesuatu hal yang remeh. Objektif utama kajian ini adalah untuk merekabentuk alat keselamatan untuk
mengawal kelajuan kereta iaitu menambahkan sistem utama perlindungan kepada pemandu. Selain
itu, memberi isyarat atau amaran kepada pengguna kereta sebagai peringatan sebelum memandu. Di
samping itu, ia dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa kemalangan. Metodologi kajian ini
adalah berdasarkan sistem mudah alih (IOT) pada sistem tersebut. Pertama sekali, “limit switch” akan
di pasang di dalam tali pinggang keledar. Ia akan memindahkan isyarat kepada “Actuator” jika
pemandu tidak memakai tali pinggang keledar, ia akan bertindak dengan menghalang pedal minyak
daripada ditekan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan pemandu tidak dapat memecut dengan
keinginannya dan menyebabkan kereta tersebut hanyalah bergerak selaju 20 km/J sahaja. Tambahan
pula, di pedal minyak juga terdapat pengesan ultra-sonic di mana ia akan mengukur jarak antara pedal
dan pengesan. Jika jarak antara pedal dan pengesan bertambah, kelajuan kereta juga akan bertambah.
Hal ini dapat membantu “Actuator” untuk mengetahui berapa dalam pedal minyak dipijak untuk
mencapai had kelajuan 20 km/j.Melalui dapatan kajian, didapati melalui sistem pada alat ini ia
berjaya mengawal kelajuan kereta kepada 20km/j jika pemandu tidak mengenakan tali pinggang
keledar. Penambahbaikan yang dapat dilakukan ialah mengubahsuai klip tali pinggang keledar
dengan menambah sensor di klip tersebut untuk memastikan pengguna kereta akan memakai tali
pinggang keledar yang asli dan bukan yang palsu.