Abstract:
Sejajar dengan peningkatan jumlah orang kurang upaya (OKU), semakin banyak projek
yang berkaitan dengan keperluan pengguna kurang upaya harus dibina. Hanya untuk
memenuhi permintaan yang semakin meningkat, tampaknya melupakan tanggungjawab
sosial yang harus dipertimbangkan dalam perkembangan apa pun. Kerajaan Malaysia
menganggarkan terdapat kira-kira 2.8 juta orang dengan pelbagai bentuk kecacatan.
Walau bagaimanapun, hanya 494,074 yang terdaftar di Jabatan Perkhidmatan
Kebajikan. Anggaran ini menunjukkan bahawa terdapat banyak orang kurang upaya di
negara ini. Banyak masalah timbul mengenai kemudahan orang kurang upaya yang
disediakan di Institusi Pendidikan Malaysia. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah
untuk mengetahui adakah fasiliti untuk kegunaan orang kelaianan upaya di Universiti
Teknogi Mara Kampus Shah Alam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu
Akta Orang kelainan Upaya 2008, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984,
Standard Malaysia 1331 dan 1184. Kajian ini telah menggunakan kaedah bercampur iaitu
soal-selidik dan temubual. Sebanyak 15 soalan telah diberi melalui emel kepada 50
responden dan Seramai 30 orang responden telah membalas maklum-balas tersebut.
Analisis data telah dibuat menggunakan kaedah SPSS. Kesimpulan dari kajian yang
dijalankan terdapat fasiliti untuk golongan kelaianan upaya yang disediakan di bangunan
kampus UITM Shah Alam walaupun pada tahap minimum namun ia mematuhi undangundang dan peraturan yang telah ditetapkan.