Abstract:
e-Book ini membincangkan tentang konsep sains, teknologi dan kejuruteraan Islam. Ia menyentuh definisi dan maksud dari sudut bahasa dan istilah. Ia turut menerangkan ciri-ciri sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam. Bagi memahami topik ini dengan lebih mendalam, penulis juga menghuraikan peranan dan impak sains dan teknologi dalam Islam. Penulis juga ingin membawa pembaca menelusuri sejarah dan pencapaian tamadun Islam dalam bidang sains dan teknologi bermula dari zaman nabi
dan umat terdahulu sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah (1299-1922 M). Bagi menimbulkan rasa keterujaan tentang sains teknologi dan kejuruteraan, penulis juga menyatakan biografi dan sumbangan tokoh Islam dalam bidang ini. Percayalah kita perlu melahirkan lebih ramai ilmuan dan saintis muslim
yang mengintegrasikan antara wahyu dan akal supaya Islam dijulang tinggi di mata dunia. Semoga e-book ini memberi manfaat kepada semua pembaca.