Abstract:
GRADUAN yang berkemahiran dan Huffaz atau Techno huffaz adalah manifestasi strategi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) yang sudah digariskan pihak Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) iaitu Dual Certification-Diploma Politeknik dan Sijil Darul
Qur'an Jakim.
Justeru, dalam memperkasakan graduan yang berdaya
saing dan berkemahiran tinggi serta mendokong agenda nasional dalam
menjadikan Malaysia sebagai peneraju TVET di peringkat serantau,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berusaha gigih dalam
pembangunan sahsiah diri pelajar sekali gus melahirkan graduan huffaz
profesional.
Sehubungan itu, pada 2017, PSA menjadi politeknik
pertama yang memperkenalkan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran
JAKIM-POLITEKNIK dengan kerjasama Darul Quran, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM).