DSpace Repository

PENGGUNAAN ABU SEKAM PADI SEBAGAI BAHAN GANTI DALAM PENGHASILAN PERVIOUS CONCRETE

Show simple item record

dc.contributor.advisor HERLIANA BINTI HASSAN
dc.contributor.author AHMAD FIRDAUS BIN ROSLI
dc.contributor.author MUHAMMAD TAJUDDIN BIN ISMAIL
dc.contributor.author FATIN NUR ALIYAH BINTI SAZLIM
dc.contributor.author ANUM JUITA BINTI KAPPER
dc.date.accessioned 2022-03-10T03:29:32Z
dc.date.available 2022-03-10T03:29:32Z
dc.date.issued 2020-06
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3476
dc.description.abstract Pervious concrete (konkrit poros) merupakan jenis konkrit khas dengan keliangan yang tinggi yang dihasilkan daripada campuran simen, air dan agregat kasar. Pervious concete ini menghasilkan medium poros dengan membenarkan air hujan meresap ke dalam tanah dasar. Ia juga dapat mengurangkan air larian permukaan. Nilai kekuatan bagi pervious concrete adalah di antara 3.5 MPa hingga 28 MPa. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan kekuatan pervious concrete yang dihasilkan menggunakan abu sekam padi sebagai bahan tambah di mana kekuatan pervious concrete sedia ada dibandingkan dengan pervious concrete menggunakan abu sekam padi. Nisbah campuran adalah 7: 1: 0.32 iaitu 7 adalah batu baur kasar, 1 merupakan simen dan 0.32 adalah air. Kiub yang berukuran 150mmx150mmx150mm disediakan untuk mengkaji sifat pervious concrete. Abu sekam padi ditambahkan ke dalam campuran pervious concrete sebagai bahan pengganti simen sebanyak 10%, 20% dan 30%. Terdapat 4 set pervious concrete yang akan dihasilkan iaitu set A, B, C dan set D. Setiap set mempunyai nisbah campuran pervious concrete yang berbeza yang terdiri daripada 9 kiub. Curing akan dilakukan untuk ujian pemadatan. Ujian pemadatan dilakukan sehingga hari ke-7, hari ke-14 dan hari ke-28. Kekuatan purata untuk set A melalui ujian pemadatan pada hari ke-7 adalah 5.05 MPa. Pada hari ke-14, kekuatan pervious concrete bagi set A akan meningkat. Ini kerana semakin lama tempoh curing dijalankan, semakin tinggi nilai kekuatan yang akan diperoleh. Nilai kekuatan yang akan diperoleh adalah bergantung dengan peratus bahan ganti yang digunakan. Sebagai penambahbaikan untuk projek ini, batu baur kasar yang digunakan mestilah mempunyai diameter di antara 28.5mm untuk mendapatkan kadar keliangan yang menepati syarat pervious concrete. Sebelum melakukan bancuhan, batu baur kasar harus ditapis untuk mengelakkan terdapat campuran batu baur halus. Ini kerana batu baur halus seperti pasir akan mengurangkan kadar porositi pada pervious concrete. Pervious concrete biasa digunakan di kawasan parking, laluan pejalan kaki, penutup longkang, laluan kereta golf dan tembok penahan. Ia juga boleh dugunakan untuk projek penurapan. Dengan menggunakan batu baur yang telah ditapis, simen dan air akan menghasilkan pervious concrete yang mempunyai nilai kekuatan tinggi dan dapat meningkatkan kadar penyerapan air dengan bagus. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.subject Pervious Concrete en_US
dc.subject Porositi en_US
dc.subject Kekuatan en_US
dc.subject Bahan gentian en_US
dc.subject Abu sekam padi en_US
dc.title PENGGUNAAN ABU SEKAM PADI SEBAGAI BAHAN GANTI DALAM PENGHASILAN PERVIOUS CONCRETE en_US
dc.type Final Year Project Report en_US
dc.type Presentation en_US
dc.type Video en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account