Abstract:
Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat ketahanan makanan supaya kekal segar dan berada dalam keadaan baik. Makanan yang segar bermaksud ia tidak rosak serta tidak di tumbuhi bakteria perosak. Penyimpanan makanan ke dalam bekas sedia ada didapati boleh menyebabkan makanan menjadi cepat rosak dan serangga mudah masuk ke dalam bekas sekiranya tidak di tutup dengan baik. Didapati bahan mentah seperti ikan mempunyai bau yang tidak menyenangkan jika dibiarkan pada suhu bilik.
Dengan adanya smart storage container ini, makanan akan kekal segar. Produk ini mempunyai paparan suhu dan berfungsi sebagai bekas kedap udara yang terselamat daripada serangga. Hasil dapatan menunjukkan bekas smart storage container dapat bertahan lebih lama berbanding bekas lama. Kesimpulannya, smart storage container amatlah diperlukan kepada setiap pengguna bagi memudahkan penyimpanan makanan bahan mentah,makanan diproses makanan sejuk beku dan sebagainya untuk dibawa kemana sahaja.