Abstract:
Pembungkusan produk khususnya produk makanan adalah untuk memanjangkan jangka hayat produk tersebut. Malangnya, didapati peniaga kecil- kecilan dan suri rumah menghadapi kesukaran untuk membeli mesin pembungkusan kerana masalah kos yang agak tinggi. Produk makanan ringan seperti kerepek memerlukan kaedah pembungkusan yang betul supaya dapat bertahan lama. Mesin pembungkusan yang ada kebiasaannya digunakan di industri besar untuk proses pengeluaran yang komersial maka ia tidak sesuai digunakan untuk golongan perindustrian yang kecil dan sederhana. “Double sealer machine” ini merupakan mesin pembungkusan yang diolahkan daripada mesin pembungkusan yang terdapat di pasaran. Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan mesin pembungkusan yang ringan dan mudah disimpan dengan kos rendah. Dengan adanya mesin pembungkusan seperti ini peniaga kecil – kecilan dapat meningkatkan produktiviti mereka serta
kualiti produk yang mereka hasilkan setaraf dengan industri-industri besar.