Abstract:
Di antara kaedah untuk mengurangkan haba yang terhasil terhadap “disc brake” dan “brake pad” adalah dengan menggunakan suatu alat yang dipasang pada bahagian brek di depan motorsikal. Geresan di antara alas brek dan brek cakera mengakibatkan haba yang tinggi akan terhasil, lalu ia akan menyakibatkan alas brek menjadi haus dan nipis dengan masa yang singkat. Malangnya, masalah ini timbul dalam kalangan penunggang motosikal, lagi-lagi mereka yang mencari rezeki dengan Mengunakan motosikal. Alat penyejukkan brek cakera direkabentuk bagi meringankan beban meraka
yang mengunggang motosikal. Produk ini mampu menjimatkan kos pembelanjaan bagi pengguna motosikal yang sering menukar atau menganti alas brek yang baru di pusat servis motosikal. Sistem penyejukkan melalui udara berfungsi dengan menyalurkan udara dari sumber tekanan tinggi (selalunya berada di permukaan hadapan motorsikal) ke disc brake. Udara yang disalurkan oleh produk ini lebih sejuk berbanding udara yang sedia ada di permukaan brek, dan angin yang bergerak secara berterusan menyebabkan udara panas dimansuhkan daripada permukaan disc brake dan membolehkan brek
mengurangkan haba pada kadar yang lebih tinggi.Lubang kecil pada brek cakera dirancang untuk mengurangkan haba, tetapi udara di dalam (wheelwell) iaitu pelindung lumpur (mud guard) yang terdapat di hadapan motosikal dan didalam‘Barrel’ roda yang laju dan bergerak perlahan, boleh menyebabkan haba menumpuk disekitar brek dan mengurangkan kemampuan mereka untuk melepaskan haba itu.