dc.contributor.author |
MUHAMMAD HAZEEQ BIN KHAIRI (08DKM19F2025) |
|
dc.contributor.author |
MEGAT HAIKAL BIN MOHD ALFIAN (08DKM18F1200) |
|
dc.contributor.author |
MUHAMMAD UZAIR (08DKM19F2006) |
|
dc.date.accessioned |
2022-08-11T07:51:44Z |
|
dc.date.available |
2022-08-11T07:51:44Z |
|
dc.date.issued |
2022 |
|
dc.identifier.uri |
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3595 |
|
dc.description.abstract |
Scaffolding adalah peralatan yang digunakan di tapak pembinaan atau
sebagai platform sementara yang digunakan oleh kontraktor untuk
melaksanakan kerja di tempat tinggi. Biasanya kontraktor mesti
mengupah lori untuk membawa perancah ke tapak projek. Kemudian,
kontraktor mengambil masa yang agak lama untuk memasang
perancah. Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk alat yang
mampu menampung manusia melakukan kerja di tempat tinggi untuk
kegunaan kontraktor kecil dan sederhana dalam sektor pembinaan.
Selain itu, terdapat beberapa skop kajian yang telah ditetapkan dalam
projek ini iaitu memudahkan pengguna membawanya menggunakan
kenderaan seperti van dan kereta. Selain itu, pengguna boleh
menggunakannya dengan mudah dengan membuka kaki dan
melaraskannya ke ketinggian yang dikehendaki. Bahan untuk projek
ini juga harus mempunyai ciri khas seperti kesederhanaan dan
penjimatan kos. Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan, plat besi
tuang dan besi tuang adalah yang paling sesuai digunakan kerana ciri cirinya yang kuat dan tahan lama. Reka bentuk scaffolding adalah
berdasarkan konsep meja lipat. Kami perhatikan konsep meja lipat ini
boleh dilaksanakan dalam reka bentuk kami kerana ianya mengikut
kehendak idea kami iaitu portable scaffolding. Kajian metodologi
dijalankan untuk merancang proses penghasilan projek dengan
menggunakan carta alir sebagai panduan untuk perancangan dan
pengujian pengeluaran projek. Ujian itu dijalankan untuk menguji
sama ada ia mampu menahan berat manusia dan mudah dibawa ke
mana-mana. Ia boleh memuatkan berat sehingga 110 kilogram dan
hasilnya menunjukkan bahawa perancah ini boleh menahan beban dan
mudah dibawa ke mana-mana serta mudah diletakkan di dalam but
kereta standard, seperti Myvi dan Proton Saga. Berdasarkan hasil
analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, dapat disimpulkan
bahawa perancah mudah alih ini mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Kepentingan dan impak kepada pengguna ialah ia mudah
digunakan dan menjimatkan tenaga dan masa kerana tidak perlu
menyewa dan memasang perancah lagi. |
en_US |
dc.language.iso |
my |
en_US |
dc.publisher |
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH |
en_US |
dc.title |
MEREKA BENTUK DAN MENCIPTA PERANCAH MUDAH ALIH UNTUK KONTRAKTOR SEDERHANA DAN KECIL MELAKUKAN TUGASAN YANG TINGGI |
en_US |
dc.type |
Final Year Project Report |
en_US |