dc.description.abstract |
Sebagai salah satu pemain utama dalam penawaran program Sijil Rekabentuk Dalaman (SRD) sejak tahun 2010, Kolej Komuniti Shah Alam (KKSA) telah melahirkan 169 graduan bidang ini. Kolej Komuniti Shah Alam perlu menganalisis pasaran kerja oleh alumni yang telah tamat untuk melihat keberhasilan program yang ditawarkan. Kajian ini secara khusus memfokuskan hasil pembelajaran program Sijil Rekabentuk Dalaman di KKSA. Responden terdiri daripada majikan alumni KKSA yang sedang bekerja di syarikat mereka. Hasil menunjukkan 83 % menyatakan kandungan dan kesesuaian program dengan keperluan organisasi, separuh daripada responden berpendapat alumni ini sesuai diberikan gaji sebanyak RM1000 hingga RM1500 sebulan selaras dengan tahap kemahiran mereka, semua responden berpendapat program pengajian SRD di KKSA sesuai untuk dinaiktaraf ke peringkat lebih tinggi, kakitangan majikan tersebut wajar mendapat skim galakan bagi mengikuti program pengajian SRD dan berpendapat program SRD ini dapat menghasilkan graduan yang diinginkan oleh majikan di dalam bidang. |
en_US |