Abstract:
Berdasarkan data perangkaan PERKESO seramai 140,608 orang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 bagi tempoh
Mac hingga 20 Ogos 2020 yang lalu. Bagi individu yang mempunyai pekerjaan pula didapati sukar menampung kos hidup yang
tinggi rentetan dengan harga barang keperluan yang semakin tinggi. Pengurusan kewangan yang lemah menyumbang kepada
masalah kewangan yang mungkin akan berlarutan dan menjejaskan kehidupan dimasa akan datang. Masalah kewangan dan
risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja jika mereka tidak tahu cara bagaimana hendak menguruskan kewangan
secara berhemah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan, amalan dan masalah kewangan dalam
kalangan pekerja di Semenanjung Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan berbentuk deskriptif.
Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 310 kakitangan kerajaan dan swasta yang dipilih secara kaedah
persampelan rawak bagi membantu dalam kajian ini. Setiap responden dikehendaki menjawab soal selidik secara atas talian
menggunakan ‘Google Form’. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS). Dapatan kajian mendapati secara keseluruhan tahap pengurusan kewangan dalam kalangan pekerja di Semenanjung
Malaysia pada tahap yang sederhana .Ini kerana terdapat majoriti pekerja kurang kesedaran membuat pelaburan dan simpanan.
Implikasinya, responden akan mengalami masalah keberhutangan yang serius jika berlaku musibah tanpa dijangka. Hasil
kajian ini dijangka dapat membantu meningkatkan kesedaran semua pihak tentang pengurusan kewangan di kalangan
masyarakat dan pekerja umumnya. Kerajaan dan syarikat juga boleh melaksanakan berbagai kursus dan program dalam usaha
menangani masalah kewangan pekerja. Implikasi dari kajian ini dijangka dapat membantu meningkatkan kesedaran semua
pihak tentang pengurusan kewangan di kalangan masyarakat dan pekerja umumnya.