Abstract:
Pada 25 Januari 2020, kes pertama COVID-19 dikesan di Malaysia dan dikesan kembali
kepada 3 warga China yang sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan orang yang
dijangkiti di Singapura. Untuk mengawal wabak COVID-19 dari terus meningkat, Perdana
Menteri Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan. Hospital telah
menempatkan beribu pesakit yang mempunyai latar belakang penyakit yang berbeza.
Pekerja pembersihan hospital lebih berisiko dijangkiti covid-19 berbanding kakitangan ICU
dan ini menunjukkan bahawa pekerja pembersihan yang menghadapi segala jenis bakteria
dan kuman yang berada dihospital. Oleh itu, kajian ini telah mengenalpasti kaedah
pengurusan pembersihan di hospital semasa pandemik. Data dikumpul dengan
menggunakan kaedah mono iaitu data dikumpul melalui satu kaedah sahaja dengan
temubual bersama responden dan akan diajukan beberapa soalan. Pendekatan ini telah
berjaya dilaksanakan dengan mengumpul data yang sebenar dari tiga lokasi iaitu Hospital
Pulau Pinang, Hospital Selayang dan Pusat Perubatan UIA, Kuantan. Hasil daripada kajian
mendapati dalam pengurusan pembersihan di hospital ketika pandemik perlu tambah baik
dari segi alatan, tenaga kerja dan peruntukan kewangan.