Abstract:
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan individu yang mempunyai kekurangan
keupayaan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual dan deria yang dapat
menghalang mereka untuk meyertai dengan masyarakat. Hal ini menyebabkankan
golongan OKU menghadapi masalah dalam melakukan pergerakan. kesedaran tentang
operasi dan keperluan kemudahan bagi golongan ini adalah sangat rendah. Sesetengah
kemudahan fasiliti ini dibuat tidak mengikuti spesifikasi dan standard yang ditetapkan. Kajian
ini bertujuan untuk meninjau reka bentuk fasiliti OKU di Pusat Rehabilitasi Ayer Keroh,
Melaka (PRPTAR) dimana pengkaji melihat sejauh mana fasiliti yang terdapat di PRPTAR
menepati dan mengikut garis panduan dan undang undang yang terlibat. Analisis terhadap
Malaysian Standard 1184 dan 1331 telah dibuat sebelum satu senarai semak berkenaan
reka bentuk fasiliti OKU dibuat. Pemerhatian dilakukan dengan berpandukan senarai semak
yang telah dibuat. Dalam pemerhatian tersebut mendapati, masih lagi terdapat beberapa
fasiliti yang tidak mengikut standard yang ditetapkan. Fasiliti yang baik dan mengikut
standard adalah sangat penting untuk menjaga kelestarian rekabentuk dan kegunaan
masyarakat dan golongan OKU.