Abstract:
Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi tahap kesedaran pekerja dalam alat pencegah kebakaran dan untuk
mengenal pasti tahap kesedaran pekerja tentang pengurusan alat pencegah kebakaran
dalam hospital. Kajian ini akan memfokuskan 3 hospital iaitu 2 hospital kerajaan dan 1
hospital swasta. Data-data yang diperolehi di dalam kajian ini adalah berdasarkan borang
soal selidik yang diedarkan. Semua responden ini adalah daripada pekerja teknikal yang
bekerja dalam 3 bangunan hospital tersebut. Borang soal selidik tersebut akan diedarkan
kepada 103 orang pekerja teknikal. Semua data ini akan dianalisis menggunakan
Microsoft Excel. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap kesedaran pekerja teknikal
mengenai alat pencegah kebakaran di hospital adalah sangat tinggi iaitu mempunyai nilai
min sebanyak 4.57.