Abstract:
Buku Asas Permainan Woodball ini merupakan buku rujukan lengkap dan ditulis khas
untuk kegunakan pelajar dan pensyarah di politeknik. Kandungan buku ini adalah
berdasarkan sukatan pelajaran yang terkini bagi kursus kokurikulum di politeknik di
bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Bahan pembelajaran yang komprehensif ini
dirancang dan diatur mengikut topik, dipersembahkan secara sistematik dan terperinci
serta bahasa yang mudah difahami.
Tujuan penulisan buku ini adalah :
1. Sebagai rujukan untuk membantu para pelajar Politeknik memahami konsep
asas permainan woodball
2. Hasil pembelajaran di akhir kursus, pelajar akan dapat melaksanakan aktivitiaktiviti
berdasarkan penguasaan kemahiran yang dipelajari.
3. Sebagai rujukan para pelajar dan tenaga pengajar di Politeknik bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan membekalkan bahan
pengajaran yang berguna.
Semoga buku ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para pensyarah dan
pelajar untuk kecemerlangan sukan dan pendidikan seterusnya meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia
Selamat Maju Jaya