Abstract:
Pertandingan Projek Akhir Pelajar dan Pameran Inovasi (PITEC 4) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) sesi 2 : 2022/2023 berlangsung dengan jayanya.
Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat.
Pertandingan ini memanifestasikan tahap daya fikir, kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam kalangan pelajar. PITEC 4 berperanan sebagai salah satu platform yang memberi peluang kepada pelajar
untuk mengetengahkan idea kreatif dan inovatif selaras dengan Lonjakan Ketujuh
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), iaitu
Ekosistem Inovasi yang menekankan usaha memperteguhkan aktiviti penyelidikan dan
inovasi.