Abstract:
Sistem lampu jalan pintar boleh mengurangkan kos lampu jalan perbandaran sebanyak 50% - 70%( prince Yadav.2020). Lampu jalan adalah sebahagian daripada mana-mana kawasan yang sedang membangun dan merupakan bahagian yang penting kerna merupakan sumber pada waktu mlam dan siang. Biasanya ia diletakkan di semua jalan raya utama dan di pinggir bandar. Namun terdapat beberapa lampu yang disediakan tapi tidak menyala akibat rosak yang mampu mengehadkan penglihatan dan keadaan lampu jalan yang sentiasa menyala pada waktu malam menyebabkan berlakunya pembaziran .Oleh itu, Matlamat utama projek ini adalah untuk menyediakan sebuah prototaip “ SMART STREET LIGHT BASED IOT” dimana lampu tersebut dijana daripada tenaga suria sebagai penganti kepada tenaga elektrik pada waktu malam. Di dalam projek kami juga menerapkan penggunaan revolusi industri keempat ataupun yang dikenali sebagai IR4.0 iaitu Internet Of Thing. Tiang lampu ciptaan kami yang menggunakan lampu LED yang dikawal sepenuhnya menggunakan microcontroller iaitu ESP 32 dimana apabila lampu tidak menyala ia akan mengesan sebarang kerosakan dan maklumat tersebut akan dihantar terus kepada aplikasi telegram. Sebarang aktiviti pergerakan yang lalu berhadapan dengan lampu jalan ini juga dapat dikesan dengan menggunakan sensor IR dan kami juga menggunakan sensor ldr dimana kami dapat mengesan keamatan cahaya apabila rintangan sensor ini akan meningkat apabila tahap cahaya berkurangan.