Abstract:
Anti-Flood Gate adalah satu alat/produk yang berkos rendah yang digunakan bagi mengatasi masalah banjir di suatu Kawasan perkampungan yang rendah. Anti-Flood Gate ini diciptakan dengan bertujuan untuk mengelesaikan masalah aliran backflow pada paip outlet yang telah sedia ada dipasang oleh penduduk kampung pada saliran U-drain pertanian yang pada asalnya bertujuan untuk mengalirkan air hujan ke dalam saliran pertanian tersebut. Namun, apabila saliran U-Drain pertanian itu ditebuk dan dipasang paip outlet, ia telah menimbulkan masalah “backflow” apabila air daripada sungai dipam kedalam saliran U-Drain pertanian bagi mengalirkan air ke seluruh petak sawah sehingga menyebabkan kawasan perkampungan tersebut mngalami masalah banjir. Produk atau alat ini akan diletakkan/digantikan dengan paip outlet sedia ada pada saliran U-Drain pertanian bagi mengatasi masalah “backflow” tersebut. Kajian yang dijalankan adalah dengan merekabentuk, mencipta dan mengkaji keberkesanan alat ini bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.