DSpace Repository

CLOTH DRYER MACHINE

Show simple item record

dc.contributor.author MUHAMMAD FAWWAZ HAMDI BIN HAMIDON
dc.date.accessioned 2023-08-24T04:22:03Z
dc.date.available 2023-08-24T04:22:03Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4345
dc.description.abstract Almari pengering pakaian ini merupakan satu projek yang dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah dalam pengeringan pakaian yang tidak sempurna dalam kehidupan seharian. Idea ini diperolehi setelah melihat masalah yang sering berlaku kepada masyarakat. Antara masalah yang sering berlaku ialah pakaian tidak dapat kering dengan sempurna kerana faktor cuaca yang tidak menentu. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji keberkesanan haba buangan dari unit pemeluwap untuk mengeringkan pakaian. Kelembapan udara yang tinggi melambatkan proses pengeringan pakaian sekaligus mengambil masa yang lama untuk pengeringan. Pengeringan pakaian di sinar matahari tergantung pada cuaca jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut maka dirancang alat pengering pakaian ini. Maka dengan itu, antara objektif yang ingin dicapai ialah menganalisis haba buangan daripada unit luar penghawa dingin. Selain itu, menguji tahap keberkesanan pengeringan pakaian menggunakan haba panas dari unit pemeluwap. Sumber pemanas alat ini menggunakan udara panas dari haba buangan penghawa dingin 2.5 Hp. Almari tersebut mampu menampung sekitar 8kg pakaian separa basah. Pengujian menunjukkan projek ini menggunakan beberapa komponen seperti haba buangan dari unit pemeluwap sebagai sumber haba dan hos saluran udara sebagai perangkap haba supaya tidak tersebar keluar. Hasil pengujian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa proses pengeringan kain jenis kapas memerlukan 1 jam 15 minit untuk kering, kain jenis jersi pula memerlukan 45 minit, kain jenis polyester pula memerlukan 40 minit dan kain jenis jeans pula memerlukan 1 jam dan 30 minit. Kesimpulannya, produk yang dihasilkan ini dapat mencapai objektif dan berjaya mengeringkan pakaian dengan menggunakan haba buangan daripada unit penghawa dingin. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH en_US
dc.subject Pengering Pakaian en_US
dc.subject Haba Buangan en_US
dc.subject Perangkap Haba en_US
dc.subject Faktor Cuaca en_US
dc.subject Unit Pemeluwap en_US
dc.title CLOTH DRYER MACHINE en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account