Abstract:
Kemudahan teknologi internet telah memainkan peranan besar dalam merevolusikan perkhidmatan penghantaran makanan dari pesanan melalui telefon ke pesanan dalam talian untuk memenuhi permintaan pengguna. Untuk mempermudah maklumat sampai kepada pengguna dengan lebih awal dan selamat maka kami merancang sebuah model iaitu Food Box System With Buzzer Alert And Notification. Model ini mengesan makanan di dalam Food Box menggunakan sensor ultrasonik, kemudian ia menganalisis data yang dikumpul melalui rangkaian pengawal mikro serta alat pembunyi isyarat Buzzer. Seterusnya, model ini bekerja dengan Sistem Global untuk Komunikasi Mudah Alih (GSM) bagi menterjemahkan data ke dalam mesej lalu dihantar kepada pengguna melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Selain itu, model ini dapat dikenalpasti tahap keberkesanan penggunaan model tersebut. Responden kajian terdiri daripada 89 pengguna telah menilai bahawa penggunaan model ini mengurangkan kerosakan pada makanan kerana model ini bertutup dan terhindar daripada faktor cuaca seperti hujan dan panas dan juga daripada serangga dan haiwan yang boleh merosakkan makanan. Dapatan kajian yang dianalisa melalui statistik diskriptif mendapati, secara keseluruhannya lebih 70% pengguna memberikan maklumbalas pada tahap baik dan cemerlang dalam semua domain yang diukur. Oleh itu, model ini diharapkan dapat memberi kemudahan kepada pengguna dan penghantar makanan dalam memastikan terdapat tempat yang selamat untuk meletakkan makanan yang dipesan.