DSpace Repository

KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN BANGUNAN KEDIAMAN DI DAERAH TANGKAK

Show simple item record

dc.contributor.author AYUNIE FARHANA BINTI MOHD ARIFF
dc.date.accessioned 2023-09-13T03:04:09Z
dc.date.available 2023-09-13T03:04:09Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4361
dc.description.abstract Kajian kes ini dibuat berdasarkan statistik kes kebakaran di daerah Tangkak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk tahun 2018 hingga 2022.Terdapat trend peningkatan setiap tahun untuk kes kebakaran di rumah kediaman berdasarkan statistik tersebut. Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji sistem perlindungan kebakaran bagi rumah kediaman dan mengenalpasti tahap kesedaran penduduk di Taman Mega Ria, Tangkak, Johor. Temu bual bersama Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, soal selidik kepada 60 responden dan kajian lapangan. Untuk tahun 2021 sebanyak 7 kes dilaporkan di daerah Tangkak untuk tahun yang sama. Sebanyak 57% responden di Taman Mega Ria, Tangkak tidak mempunyai kesedaran untuk menyertai mana-mana program kesedaran yang dianjurkan oleh pihak bomba. 6% responden di Tangkak pernah terlibat dalam kes kebakaran. Kesemua responden adalah merupakan pemilik rumah yang berusia 20 tahun keatas. Keseluruhan kajian kes ini menunjukkan tiada penurunan trend kes kebakaran. Tahap kesedaran tentang penyediaan sistem perlindungan kebakaran pemilik rumah sangat rendah dan di burukan lagi dengan usia rumah kediaman yang semakin meningkat. Untuk itu, semua pihak iaitu bomba dan komuniti perlu bekerjasama dalam meningkatkan tahap kesedaran penghuni rumah bagi memastikan rumah kediaman dilengkapi dengan sistem perlindungan kebakaran. Ini adalah sebagai langkah persediaan kepada penghuni rumah sekiranya berlaku kes-kes litar pintas dan seterusnya menyebabkan kebakaran besar berlaku. Rumah yang telah berusia dan tidak dilengkapi dengan sistem perlidungan kebakaran akan menyebabkan kemusnahan harta benda yang lebih besar. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH en_US
dc.subject kebakaran en_US
dc.subject statistik en_US
dc.subject kesedaran en_US
dc.subject responden en_US
dc.subject kediaman en_US
dc.subject kes en_US
dc.title KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN BANGUNAN KEDIAMAN DI DAERAH TANGKAK en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account