Abstract:
Sistem perlindungan kebakaran merupakan sistem yang dicipta untuk melindungi penghuni
bangunan dan meminimumkan kerosakan yang berlaku akibat kebakaran. Terdapat dua
elemen penting atau jenis dalam sistem perlindungan kebakaran adalah sistem aktif dan pasif.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sistem perlindungan kebakaran yang sedia ada di
institusi pendidikan bagi membuat penambahbaikan dalam penyelenggaraan dan penyediaan
sistem perlindungan kebakaran mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh undang- undang.
Kemudian, kaedah dapatan kajian adalah sepenuhnya ke atas pengenalpastian, pemeriksaan
dan perbandingan dengan standard yang diperlukan berdasarkan Jadual Kesepuluh Uniform
Building By-law 1984 (UBBL) bagi sistem perlindungan kebakaran jenis aktif. Kajian ini
telah mengukur 6 domain iaitu pemadam api mudah alih, sistem gegelung hos, “travel
distance”, “dead - end”, “protected staircase” dan tangki simpanan air api. Selain itu, kajian ini
juga telah mengenalpasti dan membuat perbandingan hasil dapatan antara dua buah sekolah
iaitu Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Kurau. Dapatan kajian yang didapati, secara keseluruhannya adalah sangat baik bagi bangunan
Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) kerana semua komponen sistem perlindungan
kebakaran pada bangunan yang diperiksa mematuhi ketetapan yang diperuntukkan dengan
kesalahan yang ada hanyalah dua iaitu kesalahan peletakkan pemadam api mudah alih dan
ketiadaan label pada pemadam api mudah alih. Walaubagaimanapun, Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Kurau masih terdapat komponen yang perlu dan boleh ditambah baik dalam
sistem perlindungan kebakaran pada bangunan sekolah ini. Keseluruhan komponen di SMK
Sri Kurau adalah pada tahap sangat tidak baik berikutan terdapat 7 daripada 11 blok yang
ketiadaan komponen sistem perlindungan kebakaran setelah dirujuk kepada garis panduan
yang menunjukkan bahawa blok diperiksa memerlukan komponen sistem perlindungan
kebakaran seperti pemadam api mudah alih.