DSpace Repository

KAJIAN KES PEMATUHAN INSTITUSI BANGUNAN DALAM PENYEDIAAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN

Show simple item record

dc.contributor.author NURUL ENISA BINTI MOHD TAIB
dc.date.accessioned 2023-09-13T03:10:05Z
dc.date.available 2023-09-13T03:10:05Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4365
dc.description.abstract Sistem perlindungan kebakaran merupakan sistem yang dicipta untuk melindungi penghuni bangunan dan meminimumkan kerosakan yang berlaku akibat kebakaran. Terdapat dua elemen penting atau jenis dalam sistem perlindungan kebakaran adalah sistem aktif dan pasif. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sistem perlindungan kebakaran yang sedia ada di institusi pendidikan bagi membuat penambahbaikan dalam penyelenggaraan dan penyediaan sistem perlindungan kebakaran mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh undang- undang. Kemudian, kaedah dapatan kajian adalah sepenuhnya ke atas pengenalpastian, pemeriksaan dan perbandingan dengan standard yang diperlukan berdasarkan Jadual Kesepuluh Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UUKBS) bagi sistem perlindungan kebakaran jenis aktif. Kajian ini telah mengukur 6 domain iaitu pemadam api mudah alih, sistem gegelung hos, “travel distance”, “dead - end”, “protected staircase” dan tangki simpanan air api. Selain itu, kajian ini juga telah mengenalpasti dan membuat perbandingan hasil dapatan antara dua buah sekolah iaitu Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau. Dapatan kajian yang didapati, secara keseluruhannya adalah sangat baik bagi bangunan Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) kerana semua komponen sistem perlindungan kebakaran pada bangunan yang diperiksa mematuhi ketetapan yang diperuntukkan dengan kesalahan yang ada hanyalah dua iaitu kesalahan peletakkan pemadam api mudah alih dan ketiadaan label pada pemadam api mudah alih. Walaubagaimanapun, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau masih terdapat komponen yang perlu dan boleh ditambah baik dalam sistem perlindungan kebakaran pada bangunan sekolah ini. Keseluruhan komponen di SMK Sri Kurau adalah pada tahap sangat tidak baik berikutan terdapat 7 daripada 11 blok yang ketiadaan komponen sistem perlindungan kebakaran setelah dirujuk kepada garis panduan yang menunjukkan bahawa blok diperiksa memerlukan komponen sistem perlindungan kebakaran seperti pemadam api mudah alih. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH en_US
dc.subject Sistem en_US
dc.subject perlindungan en_US
dc.subject kebakaran en_US
dc.subject aktif en_US
dc.subject pasif en_US
dc.title KAJIAN KES PEMATUHAN INSTITUSI BANGUNAN DALAM PENYEDIAAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account