Abstract:
Bunyi mesin rumput adalah unsur pencemar akustik boleh didengar yang telah dianggap
sebagai pencemaran bandar yang paling fizikal dan salah satu bahaya alam sekitar dan mampu
menjejaskan kesihatan manusia dalam jangka masa yang lama. Kehilangan pendengaran akibat
hingar adalah satu bentuk kehilangan pendengaran saraf sensor yang bahaya. Hal ini terjadi
disebabkan oleh pekerja-pekerja yang kurang kesedaran tentang pemakaian penutup telinga.
Pendedahan bunyi bising mengikut piawaian Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kebangsaan (NIOSH) di mana ia memerlukan semua pekerja yang terdedah kepada bunyi
bising tidak melebihi 85dB. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti dan meningkatkan
kawalan pekerja terhadap kesediaan menggunakan plug telinga dan peralatan keselamatan diri
pada pekerja pemotong rumput dan meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan diri dari
segi etika pemakaian keselamatan iaitu PPE kepada pekerja pemotong rumput ketika
mengendalikan mesin pemotong rumput. Bunyi bising mampu memberi kesan terhadap
kesihatan manusia. Analisis Kesan Alam Sekitar (AMDAL) telah bersetuju untuk memasukkan
kesan bunyi sebagai mandatori utama yang harus diuruskan. Metodologi yang digunakan untuk
menyiapkan kajian ini ialah sesi temubual kepada pekerja kontrak pemotong rumput seramai
11 orang di Uitm Pasir Gudang dan 10 orang di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dapatan Kajian ini menunjukkan bahawa pekerja-pekerja ini tidak memakai plug telinga dan
pakaian keselamatan diri semasa menjalankan tugas.Berdasarkan kesimpulan ini , dapat
dirumuskan bahawa perletakkan poster dan SOP perlu diadakan bagi mencapai objektif yang
telah dibincangkan .Selain itu , perletakkan poster dan SOP berjaya meningkatkan lagi
kesedaran penggunaan ear plug dan keselamatan PPE terhadap pekerja yang menggunakan
mesin pemotong rumput.