Abstract:
Fenomena kepala air adalah bencana yang datang secara mengejut dalam kuantiti yang
banyak mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama yang memerlukan persiapan
orang awam untuk menyelamatkan diri. Akibatnya, ia akan menyebabkan kerosakan harta
benda dan akan meragut nyawa orang awam. Ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku
di hulu sungai. Pelbagai kaedah penggunaan teknologi moden masih tidak dapat menghalang
fenomena kepala air untuk terus menghantui masyarakat setempat di kawasan Hulu Langat
Selangor. Dalam pada itu,kajian metodologi digunakan bagi merancang proses perancangan
kajian dengan menggunakan carta alir sebagai panduan untuk memudahkan proses kajian. Di
samping itu, Instrumen kajian tersebut adalah soal selidik responden dan juga temu bual
bersama agensi yang berkaitan bagi mencapai objektif kajian serta membantu mendapatkan
maklumat lebih terperinci mengenai fenomena kepala air. Berdasarkan kajian ini, hasil
analisa dan perbincangan yang telah dijalankan serta dapat dirumuskan bahawa kajian
fenomena kepala air di kawasan Hulu Langat ini telah mencapai objektif yang telah
dibincangkan. Justeru,setelah membuat analisa, Empangan Sabo merupakan kaedah yang
paling sesuai dan berkesan kerana dapat mengurangkan risiko kejadian fenomena kepala air
dengan cara mengawal aliran air yang membawa kayu-kayan, batu-batuan dan sedimen.
Diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan pengkaji lain
untuk kajian pada masa akan datang.