dc.contributor.author |
1 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH KAJIAN MASALAH FENOMENA KEPALA AIR DI KAWASAN HULU LANGAT |
|
dc.date.accessioned |
2023-09-13T03:18:14Z |
|
dc.date.available |
2023-09-13T03:18:14Z |
|
dc.date.issued |
2022 |
|
dc.identifier.uri |
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4369 |
|
dc.description.abstract |
Kepala air merupakan satu fenomena yang datang secara mengejut sehingga sukar
untuk menyelamatkan diri. Ia akan memberi tanda-tanda awal sebelum tibanya kepala air iaitu
kuatiti air akan meningkat dan halaju air berubah menjadi deras serta akan membawa
mendapan seperti pasir, kayu-kayan dan serta ranting-ranting pokok sehingga air berubah
warna kepada keruh. Pada 19 Disember 2021, berlakunya fenomana kepala air di kawasan
Hulu langat sehingga menjadi salah satu faktor tercetusnya banjir di kawasan tersebut. Terdapat
rumah yang dihanyutkan oleh kepala air yang besar serta jalan raya juga turut terjejas, seperti
jalan Sungai Lui yang rosak dan bahu jalan runtuh disebabkan hakisan sungai akibat daripada
berlakunya kepala air. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti permasalah fenomena kepala
air yang telah memberi impak negatif kepada penduduk di kawasan tersebut. Ia juga bertujuan
berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan kepala air kepada masyarakat luar sana yang tidak
pernah mengambil tahu tentang fenomena ini serta sikit sebanyak membantu masyarakat bagi
mengambil langkah awal untuk menghadapi fenomena kepala air. Kajian ini juga dapat
membuka mata masyarakat supaya mengambil berat terhadap perkara ini kerana fenomena
kepala air bukanlah kejadian yang biasa malah kepala air terjadi lebih dasyat. Walaupun kita
sering mendengar berkenaan kepala air, namun ia tidak dibincangkan dengan serius dan
menganggap perkara ini remeh sedangkan ramai penduduk yang menderita disebabkan
kejadian kepala air seperti kehilangan nyawa ahli keluarga dan kerosakan harta benda. |
en_US |
dc.language.iso |
my |
en_US |
dc.publisher |
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH |
en_US |
dc.title |
KAJIAN MASALAH FENOMENA KEPALA AIR DI KAWASAN HULU LANGAT |
en_US |
dc.type |
Final Year Project Report |
en_US |