Abstract:
Lintel merupakan salah satu elemen dalam ibs yang digunakan dalam projek pembinaan. Lintel
merupakan strukur Dimana ia diletakkan dibahagian atas pintu ataupun tingkap bangunan
dengan tujuan menampung beban bata yang berada diatasnya. Ia diperbuat dari campuran
simen,batu,pasir dan air. Pelbagai alternatif lain yang digunakan dalam campuran konkrit agar
dapat mengurangkan kos antaranya penggunaan tempurung kelapa sawit sebagai bahan gantian
agregat kasar. Hal ini, dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar di Malaysia disebabkan
proses penghancuran tempurung kelapa sawit merupakan salah satu proses yang
menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk
menentukan sifat-sifat tempurung kelapa sawit, untuk mengkaji kekuatan kiub konkrit
menggunakan tempurung kelapa sawit dan untuk menghasilkan lintel IBS menggunakan
tempurung kelapa sawit. Peratusan penggantian tempurung kelapa sawit sebagai agregat kasar
ialah 5%,10% dan 15%. Ujian mampatan dilakukan pada hari ke 7, 14 dan 28 dengan
menggunakan saiz kiub 150mm x 150mm x 150mm. Saiz lintel yang dibina ialah 1500mm x
105mm x 70mm dengan nisbah 1:2:4. Hasil kajian menunjukkan dimana tempurung kelapa
sawit tidak melepasi kekuatan konkrit kawalan dan penggunaan tempurung kelap sawit dalam
konkrit tidak sesuai untuk konkrit struktur. Kesimpulan yang dapat diperolehi daripada kajian
ini ialah penggantian tempurung kelapa sawit tidak sesuai mengantikan agregat kasar dalam
campuran konkrit untuk membuat bancuhan elemen struktur bangunan tetapi ia boleh menjadi
bahan tamabahn dalam campuran kemasan.