DSpace Repository

KESAN LINTEL IBS DENGAN PENGGANTIAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI AGREGAT KASAR

Show simple item record

dc.contributor.author DANISH BAZIL BIN NOR HISHAM
dc.date.accessioned 2023-09-13T03:27:19Z
dc.date.available 2023-09-13T03:27:19Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4372
dc.description.abstract Penghasilan produk baharu daripada buah kelapa sawit iaitu minyak sawit merupakan salah satu sumber domestik yang amat penting kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan manusia dan salah satu sumber yang paling banyak digunakan dalam pasaran global. Tambahan pula, Malaysia merupakan salah satu pengeluar sumber kelapa sawit yang besar dimana kedudukan rangkingnya yang kedua selepas Indonesia dengan pengeluaran minyak kelapa sawit sebanyak 21 juta metrik tan dengan 39% daripada pengeluaran global. Kesan daripada penghasilan tersebut, negara telah menghasilkan sisa pertanian melebihi 4 juta tan setahun sehingga kekurangan tempat pembuangan sisa dan salah satunya ialah tempurung kelapa sawit. Kajian ini telah menggunakan tempurung kelapa sawit yang tidak digunakan lagi sebagai bahan ganti dalam bancuhan lintel IBS. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sifat , kekuatan konkrit kiub dan menghasilkan lintel ibs menggunakan tempurung kelapa sawit. Penghasilan lintel IBS ini akan lebih merancakkan projek pembinaan ke arah revolusi 4.0 yang disarankan oleh pihak kerajaan dengan mampan dan automasi di Malaysia. Penghasilan lintel IBS ini juga dapat mengurangkan sisa pertanian yang berlebihan serta menurunkan kos pembinaan disebabkan sumber yang semakin terhad pada masa kini en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH en_US
dc.title KESAN LINTEL IBS DENGAN PENGGANTIAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI AGREGAT KASAR en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account