Abstract:
Smart Dustbin Using Ultrasonic Sensor merupakan tong sampah pintar yang telah diinovasikan
daripada tong sampah yang biasa. Ianya merupakan satu gabungan daripada tong sampah sedia
ada dengan sensor. Melalui kajian-kajian lepas, tong sampah pintar ini telah dibangunkan dengan
cara dan sistem yang berlainan seperti Jamil Abedalrahim et.all (2019) telah membangunkan
tong sampah pintar menggunakan sistem IOT. Kajian ini dilakukan untuk mereka bentuk tong
sampah pintar dan sistem pemantauan isipadu sampah melalui paparan LCD dan pemancar LED.
Antara peralatan yang digunakan semasa melaksanakan projek ini ialah Arduino Uno, Sensor
Ultrasonik, Skrin LCD, Pemancar LED, dan Servo Motor. Smart Dustbin Using Ultrasonic
Sensor ini telah dicuba dan diuji oleh kebanyakan pelajar dan pensyarah di Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk melihat keberkesanan projek ini. Jarak maksimum dan masa
yang diambil untuk sensor ultrasonik mengesan pengguna adalah 0.5m mengambil 6.67 saat
manakala jarak minimum adalah 0.1m mengambil 5.8 saat. Pemancar LED akan bertukar
daripada warna hijau kepada warna merah apabila aras sampah melebihi 90 %. Hasil kajian alat
ini sesuai digunakan pada rumah, pejabat serta bilik institusi pendidikan. Terdapat beberapa
impak positif yang terhasil melalui kajian ini seperti dari segi pengurusan sampah ianya dapat
memudahkan pengguna serta pekerja pembersihan untuk membuang dan mengutip sampah.
Selain itu, dari segi sosial juga dapat menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Cadangan untuk
menaiktaraf kajian alat ini adalah menggunakan tenaga solar sebagai tenaga utama supaya tong
sampah pintar ini dapat digunakan di luar bangunan seperti di taman.