Abstract:
Lampu jalan adalah salah satu perbelanjaan tenaga terbesar untuk sebuah bandar.
Sistem lampu jalan pintar boleh mengurangkan kos lampu jalan perbandaran
sebanyak 50% - 70% (Prince Yadav, 2020). Sistem Lampu jalan juga merupakan
bahagian penting kerana merupakan sumber cahaya yang digunakan pada waktu
malam dan siang. Oleh hal yang demikian, tujuan projek adalah untuk
membangunkan prototaip ‘SMART STREET LIGHT BASED IOT’ yang dijana
dengan tenaga suria sebagai penganti tenaga elektrik pada waktu malam. 'SMART
STREET LIGHT BASED IOT' merupakan projek kumpulan yang menerapkan
penggunaan revolusi industri keempat ataupun dikenali sebagai IR 4.0 iaitu Internet
Of Thing (IoT). Tiang lampu ini menggunakan penggunaan IoT bertujuan untuk
mengesan sebarang kerosakan (failure) yang dikesan dan maklumat tersebut akan
dihantar terus ke aplikasi Telegram. Bagi membangunkan projek ini, penggunaan
sensor cahaya (LDR) telah digunakan untuk pengesanan keamatan cahaya maksimum
dan penggunaan sensor IR digunakan bagi mengesan laluan pengerakan yang manusia
atau kenderaan yang lalu. Sensor IR ini akan memberi isyarat untuk menyalakan
lampu apabila mengesan inframerah. MODUL Wi-Fi ESP32 digunakan untuk
memuat naik atau memberi isyarat kepada keadaan lampu apabila tidak menyala terus
kepada aplikasi Telegram melalui sistem pemantauan IOT IDE. Penggunaan sistem
suria mampu mengurangkan dan menghasilkan penjimatan. Hal ini menurut satu
kajian telah mendedahkan potensi sekiranya berjaya dipasang pada 4 juta bumbung
bangunan di Malaysia, panel solar (fotovoltaik) boleh memenuhi sekitar 25%
daripada keperluan elektrik semasa pada kadar 34,194 megawatt (MW) untuk
kegunaan domestik (MESTECC, 2019).Projek yang telah dihasilkan berjaya dengan
membangunkan prototaip mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan telah ditetapkan.