Abstract:
seterusnya
memperoleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
BUKU ASAS KIMPALAN GAS, ARKA, MIG DAN TIG ini dihasilkan
sebagai panduan pelajar bidang kejuruteraan khususnya bagi pelajar
program Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal yang terdiri
daripada pelajar oku pendengaran. Kandungan buku ini sangat
komprehensif dan dapat membantu pelajar bagi mendalami ilmu
berkaitan kimpalan.
Buku ini merangkumi proses kerja Kimpalan Gas, Arka, Kimpalan
Tungsten Inert Gas (TIG) dan Kimpalan Metal Inert Gas (MIG). Ia
sesuai untuk pelajar, tukang kimpal profesional, atau sesiapa yang
berminat untuk memulakan pengajaran atau pembelajaran dalam
dunia kimpalan. Selain dari memahami proses kerja kimpalan, latihan
praktikal secara intensif juga perlu dilaksanakan bagi memahirkan diri
dalam dunia kimpalan.