Abstract:
BUKU ASAS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ini dihasilkan sebagai panduan kepada semua pelajar yang mengikuti kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Politeknik Malaysia dalam pelbagai bidang khususnya bagi pelajar bidang kejuruteraan. Kandungan buku ini dapat membantu pelajar untuk memahami asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan semasa amali di dalam bengkel/makmal/ loji dan kelas sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Buku ini merangkumi tiga (3) topik yang akan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dari segi konsep, perundangan,
pengurusan keselamatan dan pencegahan insiden. Selain dari itu, pelajar dapat mengukuhkan kefahaman melalui video-video pembelajaran dan soal jawab.