Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3152
Title: MESIN ROTI JALA
Authors: ZULKHAIRI BIN KHAIRUDIN
NURKHAIRUNNESA BINTI KAMARUL BAHRIN
AHMAD ILHAM AL-KARL BIN MOHD KHAIRUL ANUAR
MUHAMMAD AIMAN BIN ROSLI
Keywords: DKM
Issue Date: Jun-2020
Publisher: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor
Abstract: Tujuan kajian ini adalah untuk menginovasikan alat pembuat roti jala konvensional kepada sebuah mesin roti jala. Projek ini dijalankan adalah untuk membantu pengguna atau peniaga-peniaga yang masih menggunakan alat roti jala konvensional untuk mengambil tempahan yang banyak. Hal ini kerana, alat konvensional memerlukan ramai orang yang mahir untuk menyiapkan tempahan dan memastikan kualiti saiz dan ketebalan roti jala yang sama. Mesin roti jala ini yang diinovasikan ini dapat menjimatkan masa di mana bahan-bahan tidak perlu dibancuh dahulu, malah hanya perlu memasukkan segalanya kedalam penggaul sebelum dihantar ke corong dengan melalui hos. Seterusnya, motor yang terdapat pada corong akan memutarkan corong dalam gerakan membulat pada kelajuan yang ditetapkan untuk penciptaan kesan seperti jaring. Projek ini mudah dikendalikan kerana menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik daripada bateri untuk menggerakkan motor. Bagi penambahbaikan selanjutnya, valve telah ditambah pada corong untuk mengawal pengeluaran bahan supaya mendapatsaiz dan ketebalan roti jala yang seragam. Selain itu, dengan mesin roti jala ini, sebanyak 8 sehingga 10 keping roti jala dapat dihasilkan dalam masa 3minit. Dalam penghasilan projek mesin roti jala ini, kami menggunakan kaedah kimpalan MIG untuk memasang setiap komponen mesin ini. Penghasilan diteruskan dengan mengkaji kaedah pengiraan asas kejuruteraan bagi menentukan kelajuan pada motor. Kesimpulannya, projek mesin roti jala ini mudah dikendalikan dimana ia dapat memudahkan kerja pengguna yang hanya perlu mengangkat roti jala yang telah siap sahaja dengan tidak perlu menjalanya secara manual.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3152
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MESIN ROTI JALA.pdf1.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.