Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3201
Title: COCONUT GEAR ADVANCE
Authors: AHMAD NAZIRUL HAFIZI BIN AHMAD SUFFIAN
MUHAMMAD SYAMIM BIN SADINAH ABU BAKAR
ILY IZZATI BINTI ABDUL RAHIM
NURAZLINDA BINTI YAHYA @ MUHAMMED
Keywords: DMP
Issue Date: Jun-2020
Publisher: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor
Abstract: “Coconut Gear Advance” merupakan satu penghasilan projek dimana mesin ini fungsi utamanya adalah mengupas kulit kelapa. Mesin pengupas kulit kelapa yang kami usahakan ini tidak memerlukan sebarang tenaga elektrik tetapi hanya memerlukan tenaga manusia yang sedikit sahaja bagi menggerakkan proses mesin tersebut. Antara masalah yang sering dilihat dalam industri pertanian terutamanya kepada pengusaha kelapa kecil ialah mereka menggunakan kaedah lama iaitu kapak sahaja untuk mengupas kulit kelapa. Kaedah penggunaan kapak ini tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan ini akan menyebabkan kecederaan kepada pengguna terutama kepada pengguna yang tidak berkemahiran. Selain itu, mengupas sebijik kelapa sahaja mengambil masa yang lama iaitu 3 hingga 5 minit dimana hasil yang akan diperoleh tidak banyak berbanding dengan permintaan kelapa yang tinggi. Di samping itu, mengupas kelapa kaedah lama memerlukan tenaga yang lebih banyak. Objektif utama projek ini ialah memberikan keselamatan kepada pengguna ketika mengupas kelapa, meminimakan masa dan tenaga manusia dan memudahkan penggunaan mengupas kelapa. Kaedah kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah pengumpulan data. Kami mencari dan mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kelapa melalui internet. Bukan itu sahaja, kaedah soal selidik telah kami gunakan dimana kami mengedarkan borang soal selidik melalui ‘google form’. Kami mengambil masa seminggu untuk mengedarkan borang soal selidik dan mengumpul semua data. Daripada maklumat yang kami dapati,penambahbaikan akan dibuat dengan memasang roda di setiap kaki mesin agar mudah untuk digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, mesin ini di inovasikan untuk memudahkan pengguna.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3201
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
COCONUT GEAR ADVANCE.pdf1.79 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.