Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3238
Title: Penggunaan Sistem QR Code Di Dalam ‘Work Order’ Bagi Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Di Hospital
Authors: MOHAMAD NUR KHAIRI.RAMLEY
Keywords: Pengurusan Penyelenggaraan
Teknologi
Kod QR dan IR 4.0
Issue Date: Mar-2021
Publisher: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Abstract: Pengurusan penyelenggaraan yang berkualiti sangat penting di hospital kerana melibatkan nyawa pesakit yang berada di hospital tersebut. Salah satu cara dalam meningkatkan kualiti pengurusan penyelenggaraan terutamanya dalam proses pesanan kerja yang dilakukan bagi sesuatu penyelenggaraan di hospital tersebut adalah dengan penggunaan teknologi terkini. Teknologi terkini yang dimaksudkan adalah teknologi sistem kod QR yang telah diperkenalkan sejak lama dahulu lagi yang mempunyai pelbagai fungsi dan kemudahan untuk pengurusan fasiliti di hospital. Secara amnya masalah dari segi kualiti penyelenggaraan selalu dipertikaikan oleh pengguna dan pelanggan kerana kelewatan menyiapkan sesuatu penyelenggaraan. Walaupun kajian mengenai penggunaan sistem kod QR untuk kerja-kerja penyelenggaraan terutamanya dalam proses pesanan kerja sudah meluas di negara-negara barat, namun begitu di hospital Malaysia masih menggunakan kaedah yang lama dalam melaksanakan proses pesanan kerja. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan sistem yang menggunakan teknologi terkini iaitu sistem kod QR dalam melaksanakan kerjakerja penyelenggaraan terutamanya pesanan kerja yang boleh membantu dalam merealisasikan saranan kerajaan untuk menggunakan dasar IR 4.0. Kajian ini menggunakan pendekatan secara Pragmatisme. Strategi kajian yang digunakan adalah secara kaedah pencampuran. Manakala instrumen kajian yang digunakan adalah seperti kaedah temu secara semi- struktur dan borang soal selidik. Oleh yang demikian, teknik analisis yang bersesuaian digunakan dalam kajian ini adalah analisis secara deskriptif seperti analisis faktor dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Responden telah dipilih secara kaedah persampelan rawak iaitu pekerja-pekerja bahagian pengurusan penyelenggaraan di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Bukti mertajam seramai 159 responden. Hasil daripada dapatan kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan ini memberikan impak yang positif kepada pengurusan penyelenggaraan di hospital terutamanya kepada proses pesanan kerja.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3238
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MOHAMAD NUR KHAIRI.RAMLEY 08BFM17F3024.pdf1.06 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.